Jumaat, 24 April 2009

PEMBUKA TIRAI

Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang
Awal bismilah pembuka kata.

Sebenarnyalah pantun menjadi `pemanis kata’, dan penyedap pendengaran. Siapa pun boleh berkata-kata, tetapi berkata-kata dengan seni, dengan keindahan bahasa dan ketepatan makna hanya menjadi hak beberapa orang sahaja, dan mereka yang menghafal dan mencipta pantun lebih mudah menguasainya.(emm mungkin ada betulnya).

Nasihat juga dapat disampaikan dengan lebih berkesan melalui puisi ini. Caranya yang tidak langsung, dan ibaratnya yang tidak tajam, akhirnya membantu tujuan untuk membantu. Dengar misalnya pantun terkenal ini, yang berisikan nasihat, yang ternyata menjadi hasil dari pengalaman yang panjang,

Pilih-pilih tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Pilih-pilih tempat menjadi,
Pertama elok kedua pandai.

ok lah sampai disini dulu,maaf jika pemulaan yang agak kaku.Terakhir dari saya,


Dari Keramat turun ke pekan,
Bawa bekalan kerana hendak masuk;
Mohon rahmat hamba mulakan,
Semoga berkekalan di hari esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan